Semua orang mempunyai memori yang tidak dapat dilupakan. Mungkin buat selamanya. Memori tersebut hanya berlaku sekali tetapi sentiasa menusuk hati setiap kali mengingatkannya. Yang paling pedih adalah apabila kita cuba melupakan, tetapi sebaliknya usaha tersebut hanya membuatkan kita bertambah sedih.
Aku cuba menarik udara segar. Apabila aku menghembus nafas, memori itu terus muncul.
"Aku tak pernah bernafas sekalipun tanpa mengingatkan tentang kau."
Kadang-kadang aku berharap kau tidak pernah wujud dalam hidup aku.
Pagi yang indah. Tidak seindah selalu. Aku berdiri di balkoni, memandang kearah pokok dihadapan rumah. Burung di atasnya kelihatan riang bercicip.
"Hari ini adalah harinya."
<Flashback>
"Hi. Saya Eli. Saya berasal dari United States. Harap dapat beri tunjuk ajar." Kata lelaki ini didepan semua pelajar di dalam kelas. Lelaki ini tampan dan tinggi, membuatkan pelajar perempuan memberikan sepenuh perhatian kepadanya.
"Awak boleh duduk disana." Cikgu Ong menunjukkan tempat kosong disebelahku. Tempat itu sudah kosong sejak awal tahun lagi.
"Hi jiran baru." Kata lelaki tersebut sambil tersenyum. Aku tidak bisa mengeluarkan kata-kata kerana terlalu janggal bercakap dengan orang lain. Jadi aku hanya tersenyum.
"Kenapa tiada orang duduk di sini?" Tanya Eli.
"Sebab, saya forever alone." Jawabku sambil ketawa kecil. Eli juga turut ketawa mendengarkan jawapanku.
</flasback>
Apabila kita cuba memadamkan memori, kita cuba untuk melupakan dimana titik permulaan memori itu. Dimana, pertama kali kita bertemu.
<flashback>
"Ellisonnnnnnn. Saya on the way ke rumah awak ni." - text.
"Saya dah sampai. Sekarang buka pintu rumah awak." - text. Aku berdiri betul-betul dihadapan pintu rumah Eli. Beberapa minit kemudian, pintu tersebut dibuka.
"Tadahhh." - Eli sambil ketawa.
"Apa tadahh tadahh? Ni homework banyak. Padan muka. Kenapa tak datang?" Tanya aku. Tidak serious pun.
"Penat lah."- Jawab Eli pendek dengan nada rendah.
" Hmm yelah. Kesian awak eh. Ni homework ni ... tidak mengapalah. Biar saya buatkan. Sekali ni je tau."
"Masuklah,sejuk dekat luar ni." - ajak Eli.
" Tak mengapalah. Bai. Esok mesti datang tau. Nanti ketinggalan pelajaran pulak."
"Okay Hyeri.Terima kasih." Kata Eli sambil ketawa.
</flasback>
Apabila ada seseorang yang selalu cuba untuk merawat luka dihatiku.
<flashback>
"Happy birthday to you, Happy birthday to you, happy birthday to Hyeri, happy birthday to you."
"Sekarang, buat hajat. Lepas tu tiup lilin." Kata Eli.
Aku menutup mataku. Membuat permintaan yang barangkali mustahil.
Kemudian, aku membuka mataku dan meniup lilin.
"Apa yang awak wish?" Tanya Eli.
"Saya buat tiga permintaan.
Yang pertama, saya harap keluarga saya bersama saya sekarang. Saya cuma hendak jadi seperti orang lain. Saya harap saya tidak bersendirian lagi.
Yang kedua, saya harap saya tidak bersendirian selamanya. Semua orang tak suka saya. Saya harap saya mempunyai kawan."
Aku hampir menangis memberitahu Eli perkara seperti ini.
Aku tak tahu kenapa kadang-kadang aku tidak mahu menjadi diri sendiri. Mungkin kerana aku sentiasa keseorangan bukan seperti orang lain.
Eli cuba menenangkan aku dengan pelukan.
"Jangan risau, awak ada saya. Saya kan kawan awak, family awak. Cukup lah kan? Saya ni dahlah handsome. Awak patut bangga." Ayat Eli membuatkan aku ketawa.
"Ei perasannya!" Aku menepuk bahu Eli.
Eli kemudiannya melepaskan pelukan.
"Then, apa yang ketiga?" Tanya Eli lagi.
"Rahsia. Rahsia terbesar saya. Awak mana boleh tahu."
"Awak buat saya curious Lee Hyeri ah"
</flashback>
Yang sentiasa menggangu tidurku di hari cuti. Yang sebenarnya membangunkanku kerana ingin meluangkan masa cuti bersama. Yang sebenarnya tahu aku kesunyian. Yang sebenarnya cuba menggembirakanku.
<Flashback>
"HYERIII. BANGUN. DAH PAGI NI." Kuat suara lelaki menjerit dari jarak yang dekat.
Aku membuka mata sedikit, sekecil-kecil yang boleh. Eli sedang menarik langsir. Kemudian jendela ditolaknya kedepan. Cahaya matahari menyilau mata. Terkedip-kedip aku disini.
"Dah. Bangunlah." Eli menarik pergelangan tanganku.
"Hari ni cuti lah." Aku menarik selimut keatas sehingga menutup muka.
"Sebab cuti lah saya datang ni. Bangun lah cepat." Eli menarik selimut ku kembali.
"Yah Eli !! Pergi jelah. Saya mengantuklah." Aku menarik kembali selimut ke atas muka.
"Kalau awak bangun, saya belanja awak ice cream."
Aku ketawa. Ingat aku budak kecik ke? Haha.
"Yelah. Nak bangun lah ni."
Eli hanya ketawa. Misinya berjaya.
</Flashback>
Dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak melupakan memori tersebut, kerana memori tersebut terdapat banyak kenangan yang indah. Lebih daripada yang pahit. Walaupun yang pahit menyakitkan, tetapi sanggupkah kita memadamkan memori indah yang tercipta? Itulah tujuan dia muncul didalam hidup kita. Kerana ingin memuatkan memori indah.
<flashback>
"Pensel tu menunjuk dekat arah awak lagi lah ! Okay sekarang truth or dare?" kata Eli dengan gembira. Termasuk kali ini sudah 6 kali berturut-turut pensel tersebut menunjukkan ke arah aku.
"Tak aci. Tak nak main lah." Aku mencebik.
Aku menyimpan kembali pensil tersebut didalam bekas pensil.
"Alah . Hyeri ah. Baru macam ni dah give up."
"Habis tu , semua saya kena. Habis semua rahsia saya terbongkar."
"Last."
"Okay. Saya pilih truth."
"Bagus. Kali terakhir." Kata Eli. Dia kemudiannya menarik kerusi kehadapan.
"Terus terang. Apa wish ketiga awak haritu?" Butang mata Eli tepat kearah mata aku.
"Eli ,kalau awak tanya lagi saya tumbuk mata pigeon awak tu." Aku menunjukkan gengaman tanganku.
</flashback>
Aku mengeluarkan dua batang lilin dari beg plastik kecil. Lilin tersebut berwarna merah dan bercorak jalur. Kemudian aku mencucukkan lilin-lilin tersebut ke atas kek kecil dihadapanku ini. Tangan pantas menggapai pemetik api, menyalakan lilin-lilin tersebut.
Pandangan mata mula berkaca-kaca.
<flashback>
"Ini kertas yang saya jumpa didalam dompetnya ketika sedang mencari identiti dia." Jururawat memberi saya sekeping kertas yang terlipat kecil dan kemas.
"Dan ini .. dompet dan beg galas yang dibawanya." Jururawat tersebut menyerahkan dompet dan bagpack Eli dengan sedikit titikan darah diatasnya. Sememangnya milik Eli.
Aku hampir pengsan. Aku takut kehilangan satu-satunya kawan, satu-satunya keluarga. Kaki ini tidak dapat berdiri lagi. Aku menangis bagaikan tiada lagi hari esok. Betul, memang tiada lagi hari esok jika Eli tiada.
"Saya minta maaf." Kata doktor yang baru sahaja keluar dari bilik operasi. "Kami tak dapat selamatkan dia." Ayat yang biasanya aku dengar di televisyen, betul-betul diucapkan kepadaku.
Air mata tidak dapat ditahan. Seperti tidak percaya apa yang berlaku. Jururawat cuba menenangkan aku tetapi apa lagi yang boleh buat aku lebih sedih daripada, kehilangan satu-satunya kawan yang sentiasa bersama aku.
Aku cuba menguatkan diri untuk masuk ke dalam bilik operasi. Aku melihat sekujur badan ditutup dengan sehelai kain putih.
Aku cuba menggoyang-goyangkan badannya.
"Awak bergurau dengan saya kan?"
"ELI .. SAYA TAHU AWAK SENGAJA NAK BUAT SAYA TAKUT KAN?"
"ELI CUKUPLAHH. AWAK JUGAK YANG CAKAP AWAK TAKNAK SAYA MENANGIS KAN."
"Bangunlah ........."
--------------------------------------
Aku tersedar dari tidur. Kepala aku pening. Jadi tadi .. hanya mimpi?
Aku cuba bangun dari pembaringan. Aku baru tersedar yang aku berada di atas katil hospital. Aku masih lagi keliru.
"Lee Hyeri. Barang-barang kawan awak tadi saya letakkan di sini."
Aku masih lagi didalam lebah kekeliruan. Air mata aku terus mengalir laju.
"Ini bukan mimpi?" Aku bertanya.
"Mimpi ?" Tanya jururawat itu kembali.
"Eli saya.. sudah tiada?" Aku cuba menahan sebak yang berlebihan tetapi tidak berdaya.
"Saya minta maaf sebab tidak boleh memberi berita baik. Tapi ini bukan mimpi. Saya harap awak bersabar."
Bukan realiti yang aku mahukan. Bukan. Aku cuba membukan kertas yang diberikan tadi,
"Untuk birthday saya yang seterusnya, saya ada tiga hajat juga.
Yang pertama, saya harap Hyeri akan dapat berjumpa keluarganya semula. Dia bukannya seorang yang 'forever alone' lagi. Haha.
Kedua, saya harap Hyeri dapat ramai kawan.
Ketiga, saya harap Hyeri tahu yang saya sukakan dia.
Plus plus, saya nak tahu hajat ketiga Hyeri. Saya masih lagi curious sampai sekarang. Haha."
Kertas tersebut ku peluk erat.
</flashback>
Air mata tidak dapat lagi aku tahan.
Hari ini adalah ulangtahun Eli. Juga cukup dua tahun sejak pemergian dia. Aku masih tidak boleh melupakan dia. Kerana dia satu-satunya kawan dan keluarga aku . Dan dia juga, merupakan putera di dalam wish ketiga aku.
Penyesalan terbesar aku ialah, tidak memberitahu permintaan ketiga aku.
"Selamat ulang tahun, Ellison Kim."
Aku meniup lilin kek dihadapan aku. Kertas hajat Eli kupandang. Cuba melihat didalam genang air mata.
Saya harap Hyeri tahu yang saya sukakan dia.
Kenangan indah dan buruk yang berlaku masih lagi aku simpan didalam memori. Tiada guna aku cuba lupakan orang yang sentiasa menjadi ubat kepada segala luka.
Permintaan ketiga aku ialah ..
Aku harap Eli tahu yang aku cintakan dia.
Eli, awak dengar tak? Saya cintakan awak.
Assalamualaikum. Percubaan buat one shot haha sejujurnya masa mula-mula buat, aku menangis baca ff sendiri. Bila dah baca banyak kali, hilang terus rasa sedih lol. Maaflah kalau ff ni tak menjadi . Haha. Aku harap korang tak confuse sebab flashback terlampau banyak. <Flashback> - flashback bermula. </flasback> - flashback berakhir. Sorry kalau tak best T_T ff ni pendek je. Jangan lupa komen :> Bai